Followers
Flag Counter
Radio Online SaDieHard.FM
Rajagobal panggil Rozaimi
PEMAIN muda, Rozaimi Abd Rahman terus
mendapat perhatian apabila dia dipanggil
untuk menyertai latihan dan pemilihan skuad
kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal bagi
aksi persahabatan dengan dua kelab gergasi
Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dan Manchester City bulan ini.
Keputusan pengendali negara itu untuk
menyenaraikan Rozaimi, 19, bukanlah sesuatu
yang mengejutkan jika mengambil kira
prestasinya yang meledak 10 gol pada
kejohanan kelayakan Piala Asia Bawah 22
Tahun 2013 di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
Ini kali kedua pemain tengah Sabah itu
menyertai skuad Harimau Malaya selepas kali
pertama dipanggil ketika Malaysia
menewaskan Sri Lanka 6-0 pada 28 April lalu.
“Saya agak terkejut apabila dimaklumkan
nama saya berada dalam skuad kebangsaan.
Ini kali kedua saya menyertai skuad
kebangsaan kerana sebelum ini saya hanya
berpeluang bermain dengan skuad Olimpik dan
skuad bawah 22 tahun. “Saya akan cuba buat yang terbaik kerana
untuk mendapat tempat dalam skuad
kebangsaan bukan mudah, ramai pemain yang
bagus-bagus,” katanya yang tiba di Kuala
Lumpur semalam bersama skuad Sabah bagi
perlawanan Liga Super menentang Selangor malam ini.
Turut menguatkan cabaran negara bagi
pertembungan dengan Arsenal dan City pada
24 dan 30 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil
adalah penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee
Sali manakala Baddrol Bakhtiar (Kedah),
Mohamad Muslim Ahmad (Terengganu) dan Yong Kuong Yong (Felda United) kembali
dipanggil.
Mengulas mengenai tawaran kelab liga utama
Thailand, BEC Tero Sasana bagi menjalani ujian
percubaan seperti yang dilaporkan Arena
Metro sebelum ini, Rozaimi berkata: “Saya
berminat dengan tawaran itu tapi setakat ini
saya cuma dihubungi ejen BEC Tero Sasana dan masih belum ada perbincangan dengan pihak
pengurusan Sabah FA.”
Sementara itu,
jurulatih skuad B-22 negara, Ong Kim Swee
yang bertanggung jawab mendedahkan
Rozaimi di pentas antarabangsa menasihatkan
agar pemain itu menimbangkan tawaran itu dengan sebaik-baiknya.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses